BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

segaLanya tentang Kita...cinTa, KasiH dan saYanG

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 14, 2009

Mencari kesempurnaan

salam semua..kali ni kite ber 'story' pasal mencari kesempurnaan...

pada kali ni..TuLip membaca satu artikel daripada penulis Shania Opal dipetik daripada email yang TuLip terima. email datang nya daripada Tmn2Syurga..TuLip sengaja mahu mendapatkan crita2 dr website tu..memandangkan banyak yang boleh kita pelajari..yela kan..untuk menambahkan ilmu.

email tersebut bertajuk "Usah Mengharap Kesempurnaan"

Julia seorang wanita yang secara zahir kelihatan begitu sempuna, apa yangingin wanita mahu ada pada diri Julia. Aku sendiri tertarik dengan persenalitiJulia.Mungkin kerana menjadi ketua department wajahnya agak kurang ceria,bersahaja. Aku menjalani praktikal di situ. Setiap hari aku akan temui Julia,tapi setiap kali berselisih aku akan senyum dan menyapa. Hampir sebulan aku di syarikat itu, di hati ini ingin mengetahui lebih mendalam tentang Julia serta kejayaan hidup beliau. Pakaiannya kebanyakan baju kurung, tapi dari jeniskain yang mahal yang terdapat di gudang kedai kain yang terkemuka. Walaupun beliau bukan bangsa melayu seperti kacukan arab/inggeris. Sedangkan ada kalangan wanita melayu di situ yang berpakai terdedah . Wajah Julia anggun dengan tudung bercorak lembut. Kalau dibandingkan dengan wanita yang rambut terdedah dan beraneka warna.

Sebenarnya aku pun tak suka menanya hal orang lain pada orang lain. Satuhari waktu lunch aku santai di sofa tetamu sambil membaca news paper di situ.Kebetulan Julia lalu untuk ke rest room dan menyapa aku tak keluar lunch ke?.Emmm...masih kenyang breakfast tadi jam 1100 hrs. Julia terus berlalu, takberapa lama kemudiaan datang semula dan mengajak aku ke biliknya kerana Julia mahu berikan aku coklat.

Wowwww...terpaku aku melihat bilik Julia yang begitu cantik tersusun dan dari perabut yang mahal, mata aku menjelajahi setiap ruang dan sudut. Julia men-jemput aku duduk di ruang tamu. Kami berbual tentang kerja aku di samping nasihat/motivasi pada aku. Kemudian aku menayakan pics siapakah sepasang kanak-kanak yang cute yang menjadi hiasan di rak almari di situ. Menurut Juliaitulah anak-anak beliau bersama bekas suaminya. Selepas peristiwa itu, akumula rapat dengan Julia, dan aku memangil Julia dengan panggilan puan sepertipekerja yang lain. Semakin ingin tahu tentang Julia apatah lagi aku dapat tahu,yang mana bekas big bos di syarikat ini di jawat oleh bekas abang ipar Julia yang kinimerupakan salah seorang jutawan yang terkenal mempunyai syarikat sendiri.

Selama tiga bulan aku bersama syarikat itu, dan akhirnya Julia telah menceritakanlayar hidupnya yang sadis pada aku. Dan Julia ada berkata pada ku..bukan semuawanita yang cantik dan berjaya dalam hidup adalah bertuah dan gembira. Bila tibasatu saat menjadi nasib malang dan di timpa musibah lantaran perlakuan oranglain, namun setiap kejadian dan perjalanan hidup ini ada hikmahnya dari Allah.Walaupun Allah menganugerahkan pasangan yang kita kira terbaik untuk kita, tapimasih ada yang lebih baik dari itu.

Sebenarnya perkahwinan Julia dengan bekas suaminya atas dasar suka sama suka,pertemuan jamuan hari raya syarikat yang menemukan mereka, lantaran bekas abangipar Julia yang memperkenalkan adiknya pada Julia. Diakhiri dengan pernikahan. Dantiba juga saat perpisahan mereka yang terlalu memberi kesan pada jiwa Julia. Bagi Julia itulah cinta pertama beliau dan terakhir terlalu menyayangi suami sepanjang per-kahwinan mereka dan juga selepas perpisahan beliau. Dan yang lebih menghirisperasaan Julia, semasa suami beliau bertugas di luar negara telah berkahwian lagi.Dan akhirnya terpaksa berpisah tanpa kerelaan Julian. Menurut Julia dia menjadi hampirgila dan pernah mendapat rawatan untuk memulihkan semangat dan hatinya. Walau punsekarang Julia telah sembuh tapi wajah keriangan seperti orang lain telah tiada. Keduaanak Julia bawah jagaan bekas suami Julia kerana waktu tu Julia tidak sihat, juga atas sarahan mahkamah. Julia akur dengan hukum yang telah manusia ciptakan. Hanya haritertentu sahaja yang membolehkan Julia berjumpa dengan anak-anak. Namun kasih anak-anak makin pudar kerana jarang dapat berjumpa.

Mungkin dari peristiwa ini tak pernah aku melihat wajah ceria Julia, tidak pernah terlihatketawa bersama staff yang lain. Apatah lagi senyuman pun sukar dilemparkan. Namun wajah Julia yang bersahaja melambangkan wanita yang tabah. Setelah beberapa tahunberlalu, walau pun ada lelaki yang cuba mengisi kekosongan tapi dianggap sepi oleh Julia.

Pada hari terakhir aku menamatkan praktikal, Julia banyak memberi nasihat pada aku.Sebelum keluar dari bilik Julia, beliau menyuruh aku mengambil apa-apa hiasan sebagaihadiah hari perpisahan. Semua yang ada di sini semuanya barang kesayangan saya, saya ikhlas ni kata julia. Aku mengambil dua gambar hiasan di dinding bilik Julia ia itugambar kapal yang meninggal pelabuhan dan gambar sejambak bunga mawar yangbegitu menarik.

Begitulah ketabahan hati dapat memenangkan segalanya. Orang yang tabah selalu tenang menderita seksaan nasib yang bukan daripada perbuatan sendiri.

Firman ALLAH yang bermaksud:.....susungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar. ( Al-Anfal:46)
.....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalamereka tanpa batas.(Az- Zumar:10)
Bersabar Dalam BerdoaHadith : Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak men-gandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)
Huraian:Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhir-nya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurnia-kan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharus-nya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.
kita sebagai hamba..harus lah ingat bahawa..Allah tidak akan menguji atau mendatangkan ujian kepada hamba NYA dengan satu ujian yang tidak dapat digalas oleh hambaNYA. sama2 kita memperbanyakkan amalan agar hati dan diri kita sentiasa tenang, aman dan diberkati oleh NYA..amin.
wa'hualam..

0 comments: