BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

segaLanya tentang Kita...cinTa, KasiH dan saYanG

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 9, 2009

Terlalu memilih pasangan hidup??

wahh..tgk jek tajuk post tuh..kepada sape yg makan cili, dia la pedas..ye idak??kekdohnye gitu..



memang tak dpt dinafikan kita baik laki2 or perempuan berhak mencari pasangan hidup yang kita fikirkan serasi dgn jiwa kita..kte certain org la..ade yang mengimpikan lelaki kaya..hensem..macam2 la bila soklan sebegini ditujukan?soal memilik tu boleh la kite terima akal..memang kne memilih berdasarkan kategori yang digariskan dalam islam itu sendiri..carilah yang beragama..nescaya hidup anda selamat.



dengan dunia yang semakin maju..keperluan material juga jgn dipandang remeh..yela..bila kite gariskan nafkah zahir dan batin..meliputi aspek luaran dan dalaman.



kembali kepada fokus kite..yakni..TuLip menekankan istilah "TERLALU" di situ...adakah perempuan or laki2 zaman sekarang terlalu melihat kepada kesempurnaan??gara2 TERLALU memilih...ade yang tak kwen2...ade yg mengatakan jodoh belum sampai..lebih senang menyendiri..



TuLip merujuk kepada website Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat...dengan post terkini nya..



"Wanita lebih memilih teman hidup dapat jamin masa depan keluarga"


TuLip quote beberapa ayat yang TuLip suka untuk kupaskannya...kupas lagi eh??hik hik hik..


"ucapan selamat tinggal sajalah yang diperoleh kerana bukan senang untuk membina mahligai jika tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Setakat kacak bergaya belum tentu seseorang lelaki mampu memberikan kebahagiaan sepenuhnya kepada wanita..."


"Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang penuh dengan cabaran ini, wanita lebih bijak dalam mencatur masa depan khususnya dalam memilih soal jodoh. Jangan terkejut bila wanita sekarang ini lebih memilih. Ada apa pada wajah tampan dan segak jika tidak mempunyai ongkos yang mampu memberikan kebahagiaan"


Pensyarah Psikologi Kaunseling, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata semakin ramai wanita kini mempunyai perancangan terutama dalam memilih teman hidup bagi memastikan masa depan yang terjamin. “Pada asasnya memang tidak dinafikan wanita sekarang menjadi semakin memilih kerana kematangan mereka serta faktor kehidupan yang memberi banyak cabaran.


Katanya, memang sukar sekiranya dalam minda sudah meletakkan kriteria tertentu daripada segenap sudut. “Seperti juga bila kita ingin mencari rusa di hutan. Mungkin banyak rusa, tetapi bila kita sudah meletakkan sasaran untuk mencari rusa berwarna putih, kemudian inginkan rusa jantan dan bertanduk tiga. Tentu sukar untuk mencari apa yang dihajati. “Begitu jugalah dengan calon pasangan hidup.


dalam Islam sendiri mensyaratkan umatnya memilih faktor keturunan, paras rupa, kewangan dan pegangan agamanya untuk menjamin kebahagiaan,” katanya. Ketika diminta mengulas adalah wang ringgit menjadi lebih keutamaan kini berbanding paras rupa, Dr Mohamed Fadzil, berkata semestinya wang ringgit berada di tangga atas kerana dengan mempunyai kuasa beli yang tinggi, seseorang itu boleh melakukan apa saja untuk kepuasan dirinya.


“Lelaki di negara ini kurang sikap gentleman hingga tidak menghairankan mengapa ada anak gadis yang mudah jatuh hati kepada lelaki warga Bangladesh.


Kepada wanita pula, Dr Mohamed Fadzil menasihatkan usah terlalu memilih sehingga tidak mampu menggapai impian seperti yang dicita-citakan.


“Setiap sasaran yang mungkin digapai mestilah berpada-pada. Kita juga hendaklah sedar diri dan paras rupa, faktor keturunan dan kedudukan diri. Wanita juga harus ada role model sebagai landasan untuk membuat keputusan terbaik supaya tidak kecewa jika gagal membuat keputusan,” katanya. Pucuk pangkalnya, dalam membuat pilihan biarlah lebih realistik dan usahlah menjadi angan-angan mat jenin sehingga kemudian hari menyesal dan sukar untuk memilih pasangan hidup!


Turut digariskan juga..


FAKTA 5 Faktor wanita lebih memilih Inginkan masa depan yang lebih terjamin


1) Mahu pasangan yang sama tahap pencapaian akademik dan kerjaya
Tidak mahu dibebani dengan masalah pada kemudian hari Tidak mahu tersilap memilih pasangan
2) Mengharapkan pasangan yang mampu memberi kebahagiaan dan harta5 Risiko terlalu memilih
3)Membuatkan wanita menjadi lebih cerewet
4)Mengakibatkan risiko kahwin lewat Diri dibelenggu dilema untuk membuat keputusan
5)Menjadikan dirinya seperti insan terbaik dan membanding-bandingkan orang lain
Mudah memperkecilkan kredibiliti dan personaliti pasangan bila berlaku perselisihan


dipetik daripada http://www.kpwkm.gov.my/ (10/11/2009)


TuLip lihat lagi..artikel2 yang brkait rapat dgn topic ni...


TuLip rujuk pula kat website http://halaqah.net/


pengarang mengupas topik ni..


Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."


pandang2 lak kat blog ni..




pengarang ade memetik kata2 hasil dari temubual bersama Dr H M Tuah Iskandar al-Haj berkisar tentang "Mengapa lelaki cenderung memilih rupa berbanding dengan kebijaksaan"...TuLip ringkaskan kat sni..


Dari sudut psikologi, Lelaki memang sentiasa menjadi pemimpin..mereka lebih cenderung atau terdorong untuk memilih wanita yang akur dengan kata2 nya, arahan dan kehendaknya. wanita bijak dikatakan biasa nya lebih banyak mulut. Tambah nya lagi, kecantikan seseorang perempuan yang didampinginya itu adalah lambang kemegahan dan kelelakian mereka.


Menurut pengarang lagi..


Realitinya, jika disuruh memilih antara kecantikan dan kebijaksanaan pada seorang wanita, lumrahnya lelaki akan memilih kecantikan. Tidak dinafikan seseorang lelaki berasa tergugat jika pasangannya lebih bijak.


Persoalannya...Tidakkah perkara seperti ini akan mengakibatkan kebanyakan wanita bijak sukar mendapat pasangan????


Pengarang menambah...Ada betulnya. Di Malaysia sekarang, kebanyakan wanita yang menjawat jawatan tinggi masih keseorangan kerana wanita yang cantik meskipun tiada pekerjaan, sering menjadi pilihan lelaki.Seseorang wanita yang bijak selalunya sukar mendapat pasangan kecuali mereka juga cantik atau lelaki pilihannya itu hampir sama kedudukan dengannya.


hurmm..bertambah complicated nih..makin dalam kupasan kite.. :)


leh TuLip bukak lagi satu post dengan tajuk... 'Lelaki hensem, perempuan cantik, lelaki sederhana, perempuan sederhana'...nantikan...

0 comments: