BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

segaLanya tentang Kita...cinTa, KasiH dan saYanG

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 31, 2010

Diriku,suami n permata hati kami

Alhamdulillah kite bersua lagi dlm post TuLip kali ni..sekarang TuLip kat Kubang Kerian..semalam nek bas dari Kt-Kb..en suami anta.sobss..sobss..ade gak rasa sedey time masing2 nak menuju ke destinasi masing2..tapi yela..masing2 ade tanggungjawab untuk ditunaikan.seminggu kat umah kami kat kontan..best bangat!!yela..duduk umah sendiri...shop untuk umah..beli washing machine, sofa,setup office abang..dapur...siap leh masak dah.hehhehe..memang best la.terasa diri TuLip seperti seorang suri rumah.


alhamdulillah ke hadrat Illahi, kami di anugerahkan rezeki yakni permata hati kami yang berusia kira2 6 minggu dalam kandungan TuLip.alhamdulillah Ya Allah atas nikmat dan rezeki ini.Akan kami jaga amanah ini sebaik mungkin. TuLip dapat rasa kelainan fizikal time mula2 dulu..selalu time BendeRa Jepun..memang tarikh n cycle TuLip sharp..xpenah lewat..tapi bulan januari baru ni dah lambat 4-5 hari daripada tarikh yang sepatutnya..TuLip pun try la wat UPT test..3x repeat untuk confirm. alhamdulillah ketiga2 kit menunjukkan positif pregnant. sujud syukur diri ini mengadap Tuhan Yang Maha Esa. Alhamdulillah atas nikmat dan anugerah yang tidak terhingga besar kepada kami sekeluarga.

orang 1st yang TuLip bagitau..my husband.TuLip send pic band pada pregnancy kit tu. Then abang call tanya ape tu..pasal kit Upt ni ala2 HIV test kit time kami praktikal kat spital dulu...dia pelik..nape pulak..TuLip pun cakap...mukan HIV test tu..tu kit UPT..owhh..jadi pe mkne nye?suami TuLip blurr tetibe..TuLip cakap la..positif pregnant. dia tergamam n ayat pun xtersusun..TuLip biarkan dia cool dulu..after 2 jam berikut nya,TuLip call tanye dia dah bertenang belum..dia cm bunyi sengeh2..betul ke positif?wahh..cepat nye..ishh..malu TuLip..klaka pun ade..dia cam xcaye. Betul TuLip cakap..then, dia pun tanya nak wat appointment katne..TuLip cakap la..kalau kat usm ni dekat skit..tambah lagi TuLip wat masa ni memang kat sni lagi. abang cakap ok. balik Kuantan nanti, dia nak bawak jumpa Dr kat kuantan.

family TuLip pulak..ma,abah..gelak2..abah cakap memang dia dah agak pasal dia dapat lihat tanda2 macam TuLip ni pregnant. Dieorg macam xsabar tunggu kehadiran orang baru dalam family kami..he5

bersambung cerita atas tadi...So, dalam hari ahad 24hb..kami berdua ke klinik Al-Radzi..dalam 10 minit dari umah kami..wat confirmation dengan Dr kat situ.Dr cakap time tu kandungan TuLip berusia 5 minggu. pengiraan dia berdasarkan hari pertama last TuLip ABC..then Dr bagi TuLip vitamin..tp TuLip xmakan pun..ade kat rumah kontan..hehhehe..time tu TuLip bselere makan lagi..sekarang mcm kurang selera..sekarang kandungan TuLip berumur 6 minggu lebih..kalau ikut perkiraan dalam website pa&ma..4 feb 2010 ni..kandungan TuLip masuk 7 minggu..hari2 mendatang pasti mencabar n menyeronokkan..xsabar nak tunggu baby besar. hehehe..

Doakan kami berdua sihat dan selamat ye..amin..insyaallah.

Monday, January 11, 2010

Keluarga Bahagia

salam..ni at d lab..rindu kat my hubby..xsabar nak balik 21 jan 2010 ni. ni TuLip balik dengan Bas Mutiara. kelaka resit dia..cam resit yg kita beli belah kat pasaraya tuh..dah simpan lelok dah. nanti cuti chinese new year,TuLip drive balik Kuantan. nanti bawak ma,abah n akim g sana.
cian my hubby duk sorang2 kat sane.xpe..beberapa bulan jek lagi..TuLip terus menetap kat sane. :)

Kali ni TuLip nak story pasal membina keluarga bahagia. banyak cara n pendapat..n terpulang pada individu untuk mencorakkan sesebuah keluarga yang dibina.tapi kat sni,TuLip nak share tips yang TuLip bace ikut internet ni.

Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri

  1. Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
  2. Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
  3. Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
  4. Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
  5. Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
  6. Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.
  7. Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
  8. Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
  9. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
  10. Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.

ada tu yang cakap...berapa kerat jek pasangan yang sanggup tnye pasangan dia..apakah perkara yang saya boleh lakukan untuk membuat awak bahagia??tak ramai yang boleh bertanya mcm tu..katenye la.

so, terpulang kepada kita untuk mencari kebahagiaan.banyak cara yang kita sendiri boleh praktikkan n amalkan dalam proses mencari kebahagiaan. jadikan Rumah ku,syurga ku.

Thursday, January 7, 2010

(pictures) gubahan hantaran 19 dec 2009

cincin pengantin perempuan& lelaki



sirih junjung daripada pihak pengantin perempuan kepada pihak lelaki

antara hantaran nya


19 dec 2009 (pictures) : from kamera adzha n my cam (1)


Debaran..

pelamin

meja n kerusi untuk tetamu


hidangan makan beradab


pelamin kami

posing..ngeh3x

with my beloved mum

aummm...

yummyyyyy..

makan beradab

family abg & ayg

bersanding..besaaa punye kipass

renjisan beras kunyit



selesai majlis akad nikah..

geng2 PT1201, KK

kami ber 9...pt1201

saat cincin disarung ke jari manis ku

akad nikah

pengantin lelaki

it's me



video


Tanggal 19 dec 2009~ku milik mu


Salam..pekaba u oll? TuLip alhamdulillah..kite kembali ke tarikh 19 dec 2009.

Satu hari yang amat bermakna bagi seorang insan yang bernama Nurazwana Zakaria. Dengan akad nikah yang suci..bersaksi kan saksi dan hadirin yang hadir di surau perumahan Kondo Rakyat, Kuala Ibai, Kuala terengganu..berwali kan ayahanda En Zakaria bin Shaari..bertemankan ibunda,rakan2 dan sanak saudara..termaktub la ijab dan kabul antara 2 insan; Nurazwana Binti Zakaria bersama pasangan nya..Nor Affandi Mohamed Adzha.Dengan sekali lafaz...ku milik nya..alhamdulillah semua telah selamat dilangsungkan. jam 10.30 pg sabtu..19 dec 2009..berlangsung nya majlis akad nikah dan seterusnya persandingan antara TuLip & suami.

Persiapan 1 hari sebelum..rumah TuLip ditandangi oleh makcik2 untuk membantu dlm menyiapkan bunga telur..begitu juga dengan rakan2 satu rumah bertandang untuk membantu dlm proses menyusun beg2 cenderahati untuk tetamu vip n tetamu yang lain.alhamdulillah semua nya siap tepat pd masa nya.

Warna tema untuk perkahwinan TuLip; Gold n silver/putih. Tulip suka dengan make up pada hari majlis..cantek sgt..terima kaseh kepada juru make up TuLip, Kak Mimie..merangkap pengusaha butik perkahwinan tempat TuLip tempah untuk set pelamin,persalinan, jurugambar,muffin,kek..gubahan hantaran bagi dua2 belah pihak.gubahan nya pun cantek..

pagi before akad nikah tu...perghh..xdpt bygkan la perasaan TuLip berdebar.tp xsgt2 la..pengantin kena tenang..cool..sementara suami TuLip kelihatan dah bersedia untuk majlis akad nikah..dia bgtau kat Tulip time kiteorg kat Pekan baru2 ni...'tangan abang panas time akad nikah tu..tok kadi cakap bagus2..dia ckp alhamdulillah'.. tergelak kecil Tulip dengar dia cerita pengalaman dia. tok kadi tu kelaka..time before akad tu..dia suh suami TuLip tunjuk yang mana satu bakal isteri..TuLip malu2.hik3..suami TuLip cerita..time tu dia ade jawab kat tok kadi..'yang cantek sekali tu la...' agaknya tok kadi xbrape dengar dia ckp tu..he6..

pas selesai majlis akad nikah..suami TuLip solat sunat..then kami jalankan upacara batal air sembahyang..cincin disarung ke jari manis..sebagai simbolik perkahwinan..Tulip salam n cium tangan suami..time dahi dikucup..ada getar terasa..terusik jiwa keperempuanan TuLip..
bagi sesiapa yang kureng paham dengan statement kat atas..nak2 yang belum kwen..nanti dah nikah n kwen..korank mesti paham.. :) . then TuLip pulak sarungkan cincin ke jari manis suami..setelah selesai upacara 'batal air sembahyang'...kami bersalam dengan keluarga..dengan ma..abah..tok..sebelah suami TuLip..sebelah TuLip..sedara2..hadirin..

Dari surau..kami berarak ke Dewan..tempat kami bakal bersanding..1st time TuLip tgk pelamin TuLip..besar..TuLip tengok tepi tangga nak naik tu..tersusun hadiah2 daripada tetamu yang hadir..banyak..kami bersanding tak lama sangat..selepas bergambar dengan photgrapher, kami teruskan dengan majlis makan beradap.

perjalanan majlis diserikan dengan lagu2 selamat pengantin baru..walaupun pada awalnya ade teknikal problem..tp majlis tetap diteruskan.sanak saudara dari jauh n dekat..rakan taulan dari jauh n dekat turut sama2 meraikan majlis perkahwinan kami..rombongan pihak lelaki bertolak pulang jam 1 ptg.ade yang nak pergi shopping ktenye..sementara sahabat2 serumah TuLip pulang jam 1 lebeh ptg. terima kasih sgt2 kat dieorang..thanx u oll ( ekin,hasnah,mar,muni,along,emy,kak adia,Lin n hero jemputan Adzha).

Dalam jam 3 ptg, TuLip n suami pulang ke rumah family Tulip untuk beristirehat. kemaskan diri..rehat2 n solat..dalam jam 6 ptg, TuLip n suami ke dewan untuk mengangkat hadiah2..banyak hadiah dapat..ada yang bg microwave,heater (3) ,tooster (4), rice cooker,set pinggan mangkuk (banyak) set milami, set sudu, jam dinding, kain pelekat, kain batek, gelas yang ade kaki..comforter,blanket..cadar.hehehe..mlm pas majlis tu,kami berdua bukak2 hadiah..seronok plak..lebih 3 bakul besar jugak hadiah yang kami dapat.

Esoknya..kami jenjalan pusing2 Kuala Terenggganu..