BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

segaLanya tentang Kita...cinTa, KasiH dan saYanG

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 2, 2010

TuLip dan buah Delima

salam oll..lama xdgr story dari TuLip kan..hurmm..kali ni TuLip nak story about this pomegranate yakni buah delima..nak dijadikan kisah buah ni TuLip kirim kat roomate TuLip, Ekin mintak dia belikan time die g wakaf che yeh semalam..datang lab pagi2 ni..TuLip hentam sebiji buah delima..tergerak TuLip nak mencari khasiat buah ni..banyak artikel yang berkaitan..so, TuLip just pick up satu or dua artikel yang berkaitan..ok?


yang ni dipetik daripada satu website : http://zwa78.multiply.com/reviews/item/9

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
*dll
##even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...

Wallahualam.


Dalam satu artikel daripada website yang berbeza...


Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.

(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


so, dapat la dikatakan disini...khasiat buah delima ni pelbagai dan bukan hanya baik untuk wanita hamil tapi juaga untuk semua peringkat usia..so ape lagi...dapatkan buah delima di tempat yang berdekatan sekarang..

hidup sihat untuk masa depan yang cemerlang!!!

Tuesday, February 23, 2010

Lirik NADIKU~Sabhi saddi

SUARA KISAH KITA
YANG SEHALUS SAHUTAN DI MATA
SEGALA NORMA YANG MELENA KU
PADA AROMA SYURGA KITA
NAN SYAHDU CINTA MENUNGGU
SAYUNYA KERNA AIR MATAMU
chorus
NADIKU BAGAIKAN BERLAGU
NANTIMU HENTIKAN APA BERLAKU PADAMU
YANG KU TEMU
HADIRMU SAMBUTLAH DAMBA DAKAPANKU
SURIA KASIH KITA
YANG BERBISIK GERIMIS SERINYA
SEINDAH FRASA YANG DAMAIKANKU
WALAU SEZARAH AIR MATA
BIARKU KUCUP WAJAHMU
LEBURKAN SAJA IA PADAKU

Saturday, February 6, 2010

bagaimana bidadari mu?

Salam oll..hari pepagi tadi TuLip minum susu anmum materna (coklat) n roti sekeping..tetibe rase nak muntah..buwekk..tp xmuntah la..dia men acah2 jek..ahaks...mcm bese,message en suami..en suami tido kat kampung dia semalam. jap tadi dia kol, TuLip bcerite2 nak muntah2..dia suh jumpe Doc..hik3..pastu TuLip g cafe harmoni nak tapau nasik..ade asam pedas...terus TuLip amik then makan kat meeting room department. alhamdulillah kenyang dah dua jasad.hehehe...bcerita kat en suami makan pe tadi..dia pun kebetulan singgah untuk makan jugak kat kedai makan on d way nak ke tempat keje. sweet msg dia "sayang dua2"..sebelum tu,TuLip cakap mama n baby dah kenyang. TuLip bli side dish..goreng pisang.hahaha..tradisional ckit..tp best.

TuLip belek2 la laman sesawang ni..cam bese, TuLip jenguk website iLuvislam.com...TuLip berminat pada tajuk ni "Bagaimana Bidadari Mu?"

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”


Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita
Hadaqah:


Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita
Syadaqah:


Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.


*penulis menyatakan bahawa artikel yang TuLip share ni, bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali.


Wednesday, February 3, 2010

lalalala...suami ku owhh suami ku..hik3


hehehe..nak gelak pun ade..en suami dah pandai masak. baru ni yang kes dia nak muntah tengok roti tu, dia message TuLip tanya cmne nak wat bubur..geli hati pun ade. cik abang TuLip memang dah bagitau TuLip awal2 dulu...dia xpandai masak..stakat masak air,masak nasik n buat air boleh la..TuLip sengeh dengar. TuLip ajar la cara nak buat bubur..dia cakap nak makan bubur kosong jek..TuLip beria bagi resipi bubur yang berkhasiat..last2 dia nak makan dengan kicap jek. dia citer...Abang ingatkan 1 pot setengah tu sikit jek..upenye banyak.TuLip cakap la..bubur kan..mesti jadi banyak..dia xdapat habeskan..tp kenyang la dia makan.

esoknya..dia message TuLip mintak TuLip ajar dia wat nasik goreng..wahhh....dah rajin..dia cakap bubur semalam dah jadik nasi dah..hehehe..TuLip pun ajar la detail..berjaya dia wat nasik goreng..TuLip suruh dia send mms pic nasik goreng..hik3..TuLip simpan tau pic nya..t nak tunjuk n bcerita kat anak2..ni papa nya masak dulu2..hehehe..


nampak sedap.. :)

dah pandai my sayang masak..percubaan yang baik. TuLip cakap kat dia.kesian pun ade kat dia. TuLip cakap xpe..t raye cine TuLip balik Kuantan, TuLip masak banyak2 untuk abang. hehehe..love u sayang.