BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

segaLanya tentang Kita...cinTa, KasiH dan saYanG

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 30, 2009

Kagum Nye..

Salam..lama xpost kat blog ni..alang2 ade time2 free cm ni..sempat gak TuLip jenguk2 cni...hurmm..

TuLip kagum dan terharu dgn satu email yang di forward kan oleh labmate TuLip, Ayu..seayu nama nya..hik hik hik. tajuk email tu...Kenyataan Paderi. mesti korang penah bace..TuLip xpasti..tp xkire la pada yang telah membaca nya or belum..yok..kita kongsi same2..

TuLip paste kan artikel daripada email yang TuLip terima..

Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita,
insya Allah... Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,
dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan
dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan
semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku
dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.
Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap
tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku
minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda
ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat
di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang
tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang
tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang
tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia
tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah
dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.

Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah
s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi
Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap,
Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah
mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah
Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita
itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya
dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini
disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya
dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak
mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup
bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan
Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan
orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu
bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya)
apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah
itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti
sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak.
Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua
Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana
bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam

semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

Ya Allah SWT. Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha seluruh kehidupanku. ameen.

Kerana Allah SWT kita ditemukan...Andai Terpisah...Itu ketentuan.


alhamdulillah atas segala2 yang telah dikurniakan kepada kita..sama2 kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita di lahirkan sebagai seorang muslim. mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar daripada petikan artikel ini dan seterusnya meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t



Tuesday, June 23, 2009

keropok ooo keropok..



Salam..hik hik hik


nak story kali ni pasal gelak2 wakaf che yeh smlm.ahaks..TuLip g bertiga dgn ekin n ain..hahahha..kami g sne jam 8lbh mlm..sampai2 g kedai kain.ain nk beli padanan baju utk kain batek dia tuh..ades..xde lak bro hencem smlm..beria ain nk tgk mamat tuh..tnye TuLip..mamat ni ke??mamat ni ke??ahaks..lawak tul...i plak jwb..mukan2.kui3

then kami g gerai tia amelia..mklum la, stok3 nk abes kan..cm bese buat riuh kat gerai tia kak long (nama pekedai pngedar tia amelia n mac). TuLip mmg bese deal dgn dia n rapat. Klo nk jdik kn model tia amelia..amik la TuLip..heheheh. lain dulu n sekarang..hehehe.then beli buah2..ekin abes rm 100 lebey bli tia amelia..mmg btul2 wat stok.

kami trus2 jln2 cari mkn..heheheh..jalan aje psl sehari sblum dh bshoppin' kat c2.Tetibe TuLip dpt call daripada En Lani (Staf patologi HTA) tempat TuLip praktikal dulu..terkezut TuLip..member TuLip..cosmate time degree dulu dah kwen..uhukss..kami langsung xtau..tgk2 stu cos xtau kot..smpei ati xbgtau..huh

kami terus pngembaraan..then terserempak dgn mak mar, alin (adik mar), mar n adzha...hehehe
kami gelak2 kat situ lupa diri. Ekin lagi la..ain..mak aiii..bercakap xberhenti mek tuh..then dia secara spontan bg keropok yang di beli kat mar..ada dlm 3-4 batang cmtu..dia ckp2 lgi..hhahahah..time balik tuh..dia ckp kat kiteorg, nape diabg kopok kat mar??...dia nk mkn lagi kopok tuh..hahahha..kami gelak sakan. Ain ckp..entah dia spontan bagi kopok tuh tadik..reaksi lua kawal sungguh. coz dia excited kot..ahaks..ekin cam bese gelak sakan.

ades...ain..ain..

Saturday, June 20, 2009

wahh...terkejut nyee..TuLip tumpang Simpati dan Gembira!!

Salam dan selamat pagi...

semalam TuLip dikejutkan dengan sms yang TuLip terima daripada slh seorang team Poyonet yang TuLip kenal and rapat...*****..dia bgtau seorang daripada team kami jgk..***** (TuLip rasa xperlu TuLip bgtau kat sni). ***** menghidap 'lung cancer'.huhuh...sedey TuLip dengar...sekarang dia ade di Hkl. ***** drpd cerita ***** kuat merokok, mandi malam n minum ais...n kerap demam2..sobs..***** xbgtau sape2...***** tau daripada rakan ***** nih..dalam poyo pun ade lagi sorang tau selain TuLip..C********* tau. means kami bertiga la tau. xsangka TuLip..khamis hari tu..dalam room, si ***** ni siap gurau2 dgn kami..sekarang terlantar di hospital.uhukss..

TuLip pun google la psl Lung cancer nih...yang TuLip jumpa survival rate patient Lung cancer ini..walau dah jalani treatment for 5 years...just 14%..uuwaaaaa...tp bergantung jugak pd stage patient tuh. simpati TuLip pada *****...TuLip harap dan doakan agar dia sembuh n pasni jgn la ***** sentuh rokok tuh..Rokok membunuh!!

Yang TuLip tumpang gembira lak psl nye...

korek punye la korek..rupa2nya..mereka dua ni..***** dan ***** dalam proses kenal mengenal..patut la cam rapat..sikit2 si ***** sebut name *****...hik hik hik..F**** ckp insyaallah klo xde pe2..awal tahun depan walimah nya..xsabar TuLip nih..

Kepada a****, TuLip doakan agar cepat2 sembuh..pasni jgn sentuh rokok lagii
Kepada korang...***** dan *****..semoga bahagia..kwen jangan lupa jemput...

Thursday, June 18, 2009

ruMusaN buku Tips MereBut & meMikaT hatI suaMi (1)


assalamualaikum w.b.t

Kita kembali dalam ruangan kekeluargaan..
saya TuLip dari meja pengarang akan merumuskan apa yang telah di baca atau ilmu yang diperolehi daripada buku Tips merebut & memikat hati suami..(ala-ala buat review articl
es)..ahaks

Sebagai permulaan nya..
Terdapat 3 point penting yang dpt TuLip petik khas untuk yang bergelas gadis, perempuan, anak dara... ada 3 kategori wanita 1) wanita genit 2) wanita ibu 3) wanita sahabat

apa yang dimaksudkan dengan Wanita genit?? Wanita dlm kategori ini, ialah wanita yang cantik dan sentiasa memakai pakaian yang indah. Tingkahlaku nya menarik dan memikat hati. semua kehendak dan keinginannya merupakan perintah yang mesti dituruti. wanita sebegini sering mementingkan diri sendiri. seluruh perhatiannya ditumpukan untuk mendapat apa yg diinginkan. wanita ini selalu bertindak kejam dan menyeksa tanpa belas kasihan...sukar memainkan peranan sebagai sahabat kepada suami nya. oleh yang demikian, mereka2 ini kurang mendapat tempat dihati suami walaupun punyai kecantikan yang memikat.

Wanita Ibu pula merupakan wanita yang baik yang sentiasa cintakan rumahtangga nya. memuja anak-anak dan kasih pada suami nya...seorang suri rumah yang lincah bekerja dan berusaha tanpa jemu dlm melaksanakan tugas hariannya.

Wanita Sahabat....wanita yang bersikap seperti seorang kakak, dia merupakan teman hidup yang sentiasa ceria dan sanggup memikul susah senang kehidupan bersama suaminya...wanita yang gigih dan sentiasa berdiri di sisi suaminya utk mmberi perangsang...wanita kategori ini disukai lelaki krn setia mndgr luahan perasaan d
an masalah.

Jika dilihat...Wanita Ibu dan Wanita Sahabat dapat dijadikan pendamping yg setia, jujur dan pnuh rasa cinta.
Tapi dalam konteks rumahtangga..wanita berjaya dan mampu membahagiakan suami ialah wanita yang memiliki ketika watak krn mereka mampu memenuhi seluruh keperluan yang diimpikan oleh seorang lelaki.


Mari kita renungkan sejenak...di mana kita berada...???



gelak Gelak..ahaks


assalamualaikum semua..


lama TuLip xpost kat blog ni..rindu gak..adess npe perut ni cm kekurangan kaseh syg nih???..hahahhaha. tak banyak yang leh TuLip story..just want 2 share psl gelak tawa di Poyonet. Adeh..klau layan budak2 kat Poyo tuh xkering gusi dibuat nye..msing2 ade gaya tersendiri..perghhh..ayat. kat room tu ade Awan a.k.a koala..ichigo a.k.a bear..hahahaha..tuan nippon..maya..miera a.k.a lurve pepel..castello77, danny, c70, buja, jas..meriah la.best2..n xdilupakan guru ehem (kami jek yg tau) ahaks..perantau. latest berita yang TuLip dpt inform kat cni la kan..psl hazelnut yg beranak kembar..bukan 2..tp 4..dahsyat. TuLip mmbygkan saat kelahiran tuh..mesti xterbayang..betapa suci nya pengorbanan seorang ibu..time pregnant bwk bukan sorang..tp 4org. alhamdulillah. katenye 4 org pmpn. tp TuLip xsure..harap2 leh tgk la pic nye..Pastu castello lak..bakal dapat anak ketiga..wahh..TuLip dikelilingi org2 yg pregnant, beranak n dpt anak nih..berpeluh gak bila pk. Tp yela semua nya rezeki..alhamdulillah atas nikmat dan kurniaan dari NYA.

Sunday, June 14, 2009

teNsen2!!!!!!!!!! arghhhhhhhhh

argggghhhhhhhhh..TuLip rase nak menjerit jek..tensen nyeeeeeeeeeeeeeee...pening..byk keje..tp tu mukan beban la...cloning TuLip ni xsuccess lagiiiiiiiiiii..........uuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............
TuLip kne wat blunt end cloning..ligation xsucess lagi..uwaaaaaaaaa...TuLip duk troubleshoot nih..secara terperinci..korang doakan TuLip berjaya yek..huhuhuhu...

Saturday, June 13, 2009

Adakah lagi abah n mak lain untukmu??




TuLip mulakan blog ni ditengahari yang sunyi...


TuLip menjengah lagi ke website iLuvislam...hati TuLip tersentap..tersentuh dgn artikel yg bertajuk '
Adakah lagi Abah lain untukmu??' tajuk post ni TuLip modified skit. Biler sentuh bab ibu bapa..mesti naluri kita sebagai anak tersentuh..tu la jiwa seorang anak yg tulus. TuLip tersentuh dgn tulisan daripada penulis dia. TuLip?? siapa TuLip..anak kepada ma n abah..sebagai anak..cuba tiap2 hari kita kenang..igt jasa mak ayah dlm membesarkan kita..pelbagai kepayahan dalam proses membesarkan kita..cuba kita renung..

Ya betul..TuLip sudah 24 tahun..tp TuLip mas
ih lagi meniti menjengah kehidupan yang pastinya lebih mencabar pada hari2 yang mendatang. bimbingan, tunjuk ajar, didikan daripada ma abah amat TuLip perlukan dlm mengharungi kehidupan ini.

TuLip duduk sendirian merenung...

kepada anda yang masih lagi mempunyai mak ayah
..jangan lupa mendoakan mereka. kepada yang telah pergi...kita sebagai anak..doakan kesejahteraan mak ayah kita disana. jadi lah mutiara yang berharga..harta yg paling berharga..iaitu anak yang soleh dan solehah.

Kepada ma abah..TuLip sangat menyayangi kalian..ma abah adalah insan yang paling TuLip sayang seumur hidup TuLip.. .

family tuLip..cayunk pun ade..love u oll

kadang-kadang TuLip sendirian..


"mesti sedey nnt"...tu ayat TuLip ckp dgn ma..ma tnye "kenapa pulak nk sedih nya?"...yela..nnt dah kwen..mesti sedeh. ma senyum n pandang TuLip..."Orang kwen..kne gembira..kenapa nk sedih2 ni..". TuLip senyum kat ma. TuLip smbung lagi.."mesti sedey.."...nnt mesti abah sedeh..TuLip ckp sorang2..abah TuLip pndiam org nya..abah seorang yang tegas,tggi disiplin..berpegang pd prinsip...anak2 dh besar..jdik abah xgarang cm dulu..yela..bkn senang nk bsrkan anak2..TuLip kagum dgn abah n ma. TuLip bersyukur dilahirkan sebagai anak ma n abah. Alhamdulillah Ya ALLAH..

Walau kami kehidupan kami sederhana..tp alhamdulilah kami bahagia. Syukur pada mu Ya Allah. TuLip tringat satu ayat....'ALLAH tidak akan memberi dugaan yang tidak dapat dipikul oleh hambaNYA' ..Memang btul..dengan dugaan itu, menjadikan kami kuat dan lebih bersyukur serta bertakwa kepada NYA...

Alhamdulillah atas segala kurniaan NYA.



kongsi2 artikel 'Refleksi bertunang ketika belajar'

cakk..im backk

Hari ni TuLip nk culture jek.. so leh taip2 cni.. esk extract besar2an..maybe mlm skit menaip kat sni. Tetibe TuLip tergerak nk bukak website iLuvislam. cantek n penuh bermakna kata2 nya..byk manfaat website nih. Tetibe TuLip tertarik dgn ruangan artikel website nih..tajuk dia ' Refleksi bertunang ketika belajar '. ada seorang student perempuan bertanya kepada ustad tuh..psl ade lelaki yang dikenali nya ajak dieorg bertunang sedangkan dieorg dua2 tgh blaja lg. dia blom bersedia lgi..so, dia tnye pendapat ustad tuh. TuLip suka cara ustad tu kupaskan topic ni.

Tulip 'quotes' kan sttment ustad tuh...semua nya kita berbalik kepada basic dan dasar serta matlamat pertunangan..

Definisi Pertunangan daripada Kaca Mata Islam

"Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khalayak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi ‘lesen besar’ untuk melakukan maksiat, dengan alasan ‘kami sudah bertunang’. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri. Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai. Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan. Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam"

Nabi bersabda; "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad) .


TuLip jugak tertarik dgn wallpaper dlm website nie berkaitan dgn topic nih


cinta layaknya seperti seekor rama- rama..semakin kalian mengejar nya semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian..biarkan rama-rama mu terbang ke mana saja ia suka..siapa tahu bila ai lelah dan tidak sadar akan kewujudanmu...ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu..menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang engkau tidak sangka..mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang ALLAH peruntukkan buatmu...

(indah sekali ayat di atas..cuba hayatinya....)



ayat di atas..TuLip sndiri akui nya...TuLip dan my baby cyg pun kenal diri masing2 dgn lbh rapat dlm tempoh pertunangan ni


Sebut pasal ujian dlm pertunangan..rata2 yang TuLip baca menyatakan semua dugaan berpunca dari diri kita sndiri..btul3..TuLip berstuju 100 %.. tempoh pertungan nih adalah satu bonus utk perempuan kenali psgn nya...so,kepada makhluk yang bergelar perempuan, gadis, dara....ambil la peluang ini untuk mengenali bakal husband kita dgn sebaik mungkin..tapi awas dan beringat dgn batas2 yang di gariskan dalam islam. Dalam tempoh pertunangan, individu perlu pandai menjaga dan membawa diri..ape org tue2 ckp 'Darah manis'..hahaha..TuLip gelak time dgr org sebut..manis ke darah org btunang nih??? sebenarnya ada maksud tersirat daripada istilah tu..apa yang dapat TuLip kupaskan..ialah..seseorang gadis dalam tempoh pertunangan kne teliti n hati2 menjaga diri kerana bimbang perkara yang xbaik berlaku..nauzubillah. Kita manusia merancang, tp Allah SWT menentukan segala-galanya. Lengkapkan la diri dgn ibadah2, berdoa, berzikir dan lakukan amalan untuk mengharapkan keredaan NYA..berbuat baik pada kedua ibu bapa kita..sanak saudara. tambahkan ilmu pengetahuan mengenai aspek kekeluargaan, soal perkahwinan...untuk bekalan di hari2 mendatang.

KisaH kecuRian di BanDar baRu Kubang Kerian



Mornink oll..


huh..sebelum memulakan labworkz nih TuLip ade berita tergempar..pagi ni, ada makcik kat taman perumahan tempat TuLip tinggal kena ragut...cisss..berani btul pencurik tuh bekerja di pagi hari..pagi2 hari dah mulakan hidup dgn mencuri.astagfirullah..mcm mane nk dpt keberkatan hidup kalau hidup dgn mencuri macam tuh??

Kepada pencuri2@ peragut td..Allah Maha Berkuasa..tggu la balasan dari NYA..klo xkne direct, akhirat akan ada pembalasan yang setimpal utk apa yg dikerjakan. Mudah termakbul doa2 org yg teraniaya nih..huh..time tu TuLip duk siap2 nk pkai tdung..dgr org jerit2 tp xclear. TuLip igt pe...pas lama dgr..baru clear ape mkcik tu sbut.."Pencuri2..pencuri..tolong"..huh..mkcik tu kejar pncuri tu dgn baju kurung tp xdpt kejar gak coz klo xslp TuLip pncurik tu naik moto..kepada makcik tu..cpt2 la wat police report. selain daripada diri sndiri, makcik pun dpt selamat kn org lain daripada ancaman pencurik yang hina tuh.


jenjalan mencari iLmu



assalamualaikum dan selamat..hik hik hik..

TuLip pnt kit hari ni..Hari ni TuLip xmsuk lab. TuLip g KB dgn ayu n roomate dia sathia (rasa cam ejaan btul kot). Jam 11 pg, TuLip kua umah, pns kn my kancil..then pegi umah ayu kat flat musafir tu. sampai je kat MPKB..perghh...berpeluh cari parking..lbh 6 kali pusing tempat sama..adehh..last2 jumpe gak..tp terpaksa parking montot kete msuk dulu...TuLip failed ckit klo parking ikut montot kete msuk dl nih..tp tgk luck jgk..hahahahha..msuk la parking walau montot kete tklua ckit. jln2 bwh hngat ngat mentari.. kiteorg ronda2 pasar MPKB..perut TuLip usah dikatakan lagi..bbunyi2..kruikk..kruikkk..lapaaa..time klua td, xalas perut pun. yela..bmbg gak..semalam dah melakukan pelaburan yg berjaya..hahahaha..xsnonoh tul.huh...

ok2..kita crite yg sterusnya.. tujuan TuLip g pasar MPKB tuh nk cari buku..hehehe (versi gelak jht). buku nk tmbh pngetahuan utk berumah tangga. yela kan...kita kne belajar n mencari ilmu sebanyak mungkin utk melengkapkan diri kita. jalan pnye jalan..then kami stop kat kedai buku..hurmm..open pnye kedai buku..TuLip pun tnye kat pekerja kedai tu..." tumpang tanya..ada x buku terbitan darul nu'man???"....pekerja tu cm blur2..dia trus jwb xde. TuLip trus berlegar2 dlm kedai buku tu..Then TuLip g tnye lagi kat pekerja td.."kat sni ade buku pasal kwen dan keluarga x??" Dia pun jwb ada..then dia tunjuk. TuLip pun ape lg..tgk n cari buku yang TuLip nak..hurmm...TuLip ckp kat ayu..ade jek nih buku terbitan Darul nu'man...pekerja nih xalert kot..xpun xbrape tahu sgt. xpela..TuLip trus pilih buku2 nya.. So, banyak buku tentang perkahwinan, kekeluargaan n anak2. TuLip amik 3 dari rak tuh.... 1) Tips merebut & memikat hati suami (terbitan Darul nu'man), 2) 28 kunci kemesraan suami isteri (Terbitan Pustaka Ilmu) , 3) Bimbingan & kursus perkahwinan dan adab pergaulan suami isteri (Terbitan Pustaka Azhar).


ni buku2 yang TuLip beli (tumpang bantal spongy senah utk susun buku nih)..hik hik hik


Sebagai permulaan, TuLip bace buku 'Tips merebut & memikat hati suami'. banyak benda yang TuLip belajar dari situ..bagus la buku nih..siap dgn tafsiran hadis2 yang berkaitan dgn hal2 rumah tngga..sunnah rasul..adab2 suami isteri..cmne bler dah berumah tgga..memahami psgn..(TuLip akan huraikan terperinci dlm post yang akan datang).

Lepas dari beli buku2 tu, kami jenjalan lagi..then berhenti gerai jual kerongsang..mula2 tgk jek..pastu berkenan..teringat ma TuLip ckp psl kerongsang dia kurang..so, TuLip beli la kerongsang special for my mum best day..this coming July. banyak TuLip borong...hehehe..tgk pic bwh nih..ha..

Special utk my mom


TuLip ske Butterfly...hehehe..yg butterfly tu 3..rm10
yang kecik tu 4..rm10




kami menuju ke pasar ct khadijah..sathia ckp nk cr dodol n ikan kering coz next week, dia nk blik KL. so, gerak la..d same situation happen la..jemmmmmmm..huhuhu..pusing td 4-5 kali cr parking..then jumpa la..jauh ckit la dr pasar ct khadijah..kali ni pun kene parking montot kete dl..wahhh..kali ni syabas TuLip berjaya...hahahah..then kami trus jln ke pasar..tau x ape yang kami lupe??? huh..msuk kn coins dlm tempat parking tuh..huhu...pas jln2 kat butik Peace....bru sedar...xmsuk coin..seb bek xkne dek penguatkuasa..huh..byk tempat kami jln pas trun dr psr..g kedai kain..cantek bju mlayu tuh..sepasang rm 59.90..kain2 pun..window shoppin' jek la...uhukss

k la...to be cont...



Thursday, June 11, 2009

JaLan2 satu Family

baru2 ni TuLip balik KT..coz ari ahad (7 Jun 2009) cuti kan ganti cuti agung. so bwk la family jenjalan..tau2 je la cuti sekolah..jem wooo KT. TuLip nmpk plat2 kete lua jek..yela cuti sekolah kan..TuLip xbwk la plak roti..leh sapu ngan jem..ahaks..bwk la ma, abah, akim jenjalan..ingat nk santai kat Pantai Batu Burok, KT tp mak aiii....ramei olang oooo...punuh..hik hik hik..so, TuLip drive la merentasi jln susur pantai..tetibe TuLip tringat tempat yang TuLip n Abg duduk sementara abah abes klas tuisyen dia. TuLip pusing msuk bandar KT kat stesyen bas MPKT..ade Kepci baru bukak kat c2..Tulip nk mkn meltz..so..beli la meltz stu set, zinger stu set utk akim n dinner plates stu set utk ma abah. Pastu TuLip trus drive ke taman reakreasi yg TuLip ckp tu. Sampai sekarang TuLip xtau name taman tuh..hahahahah..kami mkn2..cantek pmandangan situ.

Tapi TuLip sedey n berbuluk gak coz..ade couple2 situ..xmalu langsung..astagfirullah. kami buat xtau jek couple2 tuh..then dieorg rse port dah xaman..dieorg blahh..aduh..ni la bdk2 zmn skrg...xtau la TuLip nk ckp pe lg..hish hish..

Tanpa hirau kan pepe..kami borak2 smbil makan..dah lama xpicnic n santai kat lua satu family..so, kesempatan hari tu kami gunakan sebaik mungkin..

abah dan ma

akim dan abah

sedap gak meltz..ala2 twister gitu..then ayam kepci dlm dinner plate tu yg crunchy tu..pedas...best..rasa kari. pas mkn kami jenjalan..tgk laut n matahari ptg..


cantek kan pemandangan nih??

pic yg TuLip snap..dr jauh nmpk Jambatan Sultan Mahmud, KT.

cakkkk..hahahaha..meja kat blkg tu tmpt kami duduk

best..best..len kali nk g lagii.....

sobsss...jaMuan perpisahan Kak adia



Bercerita psl ni sedey la ckit..yela coz kami dah rapat kan.10 bersaudara kini dah tinggal 9 org..kak adia hosmate kami, dah viva utk master dia...so skrg tggu konvo bln 8, 2009 nih..kak adia..kami windu nih..ommaaa..hahahaha..akak memang best!! start kita kenal dari hostel master then pindah ke umah sewe sama2.teringat lagi..kak adia berpegang kat pemegang dkt kete tu...mek kin pnye psl rempit..kak adia cuak..mane xnye kete dia kene sodok dek kete kancil merah kat traffic lite area petronas, demit dkt dgn usm..sian akak..tp akak tetap maintain..selumber aje..hahahah..

pastu time duk ostel, stu mlm tuh TuLip xjoin akak mkn kedai dpn istana tuh..cian akak..kene curik purse, hp sony ericsson pda dia..seb bek kunci kete xkena curik.mlm kejadian tu, TuLip mmg xsdp ati sblum tu. Tp yela..malang xberbau..huarghh..sekarang kak adia lebih berhati2.

TuLip doakan kak adia sentiasa comey n success...soal jodoh akak jgn bmbg. Ada yang terbaik utk akak..percaya la. Yang penting, truskan perjuangan akak di Um as a phd student..wahh... Dah tittle Dr nnt, jgn lupa TuLip yek.. Ingat kami biler akak tgk bantal Love tuh yek..hehehe

Majlis Merisik dan Bertunang ku....


hehehe...make up sendiri (cover debaran)

mornink.....wat a wonderful and bz day..huh..sekarang TuLip kat lab..ujung mggu sekarang kena g lab..maklum la bulan disember nnt nk cuti pnjg..hurmm...smbil2 wat labwork sempat lagi bukak blog ni..kali ni TuLip nk story psl majlis merisik yg trus jdik merisik n bertunang..fushhh...tadaaaaaaaa...suprise kan???

Tanggal 25 oktober 2008, kami disatukan dengan satu ikatan pertunangan. TuLip xkan lupekan tarikh2 penting sebegini. 25 oktober pg tu...dtg la Abg dengan 3 buah kereta rombongan nya. Sebelum tu, kami sekeluarge kemas2 umah..yela..mjlis penting kan..xbyk kena kemas koz...ma TuLip mmg pngemas orgnye. Abah plak dah siap2 tempah nasi myk 1 gantang..utk 30 org mkn. Sebenarnya majlis tu..majlis merisik sahaja..bkn la bertunang.

Bila rombongan Abg msuk umah TuLip..mereka pun bermadah2..TuLip xdgr koz duk dlm blik..cuak wooo time tu..smggu sblum tu pun cuak..adeh..dup dap..dup dap..dieorg ni bincang pe smpai xdgr lgsung.Nak dijdikan cerita...ma TuLip msuk dlm bilik..then abah..then pakcik n mkcik TuLip..ape dah jdi ni?? Tetibe...ma ckp pihak abg nk kami bertunang terus..perghhh..bgai nk runtuh jantung..yela..xprepare lak utk mjlis tu..just tuk merisik jela.huh...pakcik TuLip yg lectr kt uitm tu pun ckp...' mana yg baik,niat dan tujuan yang baik...kita terima..' so..kami pun terima. Ma pun bwk TuLip kua..seb bek pkai cantek hari tu.hehe..tempah khas bju tu atas stesyen bas MPKT.hik hik hik...




cincin merisik (kanan; love), bertunang (kiri)


tok baby syg sarung cincin merisik



mak de , mkcik abg cayunk sarung cincin bertunang

1st cincin yg disarung..cincin merisik. 2nd cincin..cincin bertunang..tersarung nya cincin kedua bererti TuLip dh mnjadi tunang orang n memikul satu lagi komitmen yg penting. ..hahahaha...yg kelaka nye..time nk sarung cincin..mane la TuLip tau nk jari manis sebelah mana..hehehe..dua2 cincin disarungkan sebelah kanan..seingat TuLip hari tuh..ahaks. Alhamdulillah majlis berjalan lancar..TuLip bersalam2 dgn semua yg hadir.

Then time turun hantar rombongan abg, TuLip tnye abg npe tetibe trus bertunang...Abg cyg jwb dia pun xtau..tu semua suprise yg tok Abg buat..huh..ikutkn kami plan nk bertunang Mei 2009...tp xpe la.alhamdulillah ikatan itu utuh sampai ke hari ini.

Syukur Ya Allah..Engkau ciptakan lelaki yang terbaik buat ku.Alhamdulillah..sepanjang tempoh pertunangan ni..byk yg TuLip belajar..belajar kenal dia..apa yg dia suka n x..dia pun sama..knl family TuLip lebih rapat lg..bercakap psl ni..adik TuLip akim mmg suke tnye2 psl bola kat Abg..ape lagi dua org tu.lyn la bola tu..alhamdulillah dia rapat dgn family TuLip. tambah2 lagi TuLip mana ade abg or kakak..So, bg akim..TuLip kakak n tunang TuLip sbgai abg dia. sonok la tu budak tu..yela..dia sorang2 kan..sunyi.

Begitu la kisah nya majlis 2 dlm 1 TuLip....


mak de abg, tok abg, ma TuLip (kurung pepel tua), mak ni ( kurung ijau), ma ayee (kurung oren)


kemeja kuning (bapak mertua ku) , tshirt merah (Pak Lang Abg)



Yummy...sedap sgt nasik myk tuh

hehehehe..malu2..

Panorama


Di pantai Kelulut, Marang..time datink dgn Baby cyg...mkn stong clup tpung..best



Rumah sewe TuLip..gambaran senja live dari bilik TuLip



Snap pic ni lam bas otw lik Kubang Kerian dr KL


Gua Musang



cantek kan?? ahaks..



Panorama time seminar NSF 2008 kat UPM, serdang



titik2 Pertemuan dan perkenaLan kamI


hehehehe..nak tulip citer kan mcm klaka lak..yelakan..mengimbau kembali bibit2 pertemuan merupakan satu perkara yang indah bagi kami..cerita nya bermula mcm ni..time tu TuLip 2nd year degree..umo bpe eh time tu??? ha..20tahun..Alkisah maka tersebut nye kisah..seorang teruna bernama Nor affandi atau Fendi join la class kami untuk subjek fisiologi tumbuhan..ha..subjek Dr aziz (time kami pnye la dia garang beb)..aumm..hik hik hik..nk baiki gred ktenye.so..ade la time pembahagian group. dlm 6 org stu group..rsenye la..lpe coz dh lame..so,terselit la insan yang tuLip xkenal pun nih. Kiteorg amik la contact no masing2..senang nk discuss la. pastu time pas lab, dia dtg kat meja TuLip..nk bg name. TuLIp duk depan. Pas bg name dia nk bla..dgn tergagap nye TuLip tnye ' no hp ko?? bkn nye pepe2 nnt snang nk bgtau klo nk discuss'....hahahha...ayt tuh. so, dia bg no hp dia. then dia blaa..TuLip xtau pun kewujudan dia as my senior satu kos..pendiam org nye, low-profile. Datang2 jek lectr..dia duk seat blkg..terpandang gak dia skali sekali...tp tanpa niat la..klo time lab, TuLip g jenjalan kat blkg sblum class..TuLip xleh tgk org diam2 ngat..mesti nk kaco...hehhehe..hurmm..Next day, kami ade group discussion kat library,mlm. My baby Cayunk nih duk sebelah TuLip, pakai Tshirt itam time tu..comel..tp cover r beb.heheheh..nmpk mata dia ngantuk..heheheh..tp ok la..dia ade bg pndgn sedikit sebanyak. then, kami pun draft la apa yg ptt di tulis n di present..esk nya semua terlibat, dia pun pezen skali dgn TuLip gak..hehehe..then, kami trus berkawan. Dia ada pnjm notes TuLip n TuLip pau lectr notes diorg (senior) dr dia. kami just kawan2 gitu jek.so, masing2 bwk hal msing2.

Masa berlalu..then dia konvo. TuLip sntiasa ingt tarikh nya...12 Ogos 2006..coz hari tu best day TuLip. Abg...itu lah gelaran TuLIp panggil Fendi time tu...Fendi lak pnggl TuLip...adik. Ptg tu TuLIp g konvo fest kat UMT...Then jumpa Abg..Abg pnggel adik...dia pnggei dr jauh..segak. kemeja ijau cair, slek itam smbil pegang kot kat tgn kanan. TuLIp snyum jek..Abg ckp mlm t dia nk dtg kat umah sewe TuLip. Then otw nk g mkn kat tsunami tomyam..jumpa lak abg n d geng mkn kat situ...senyum jek la..ala..umah kami bukan jauh pun.nk g mkn..mesti lalu dpn umah abg...Malam tu abg dtg bwk pezen...bwk Mcd gift tuh..uhukss..amek la. yg mak cu dia bg...dia xnk dia bg org..xsempat nk bli pezen ktenye..hurmm..so, ml tu last kami jumpe..tp, kami keep on msg..kan zaman dh canggih..hehheeh..

time raya..kami bercerita buat apa..TuLip berkias2..biler nk bwk akak ipar kat TuLip..yela..mane kita org org ade ati kat kita..kan??kan??tup..tup kami jumpa lak time TuLip konvo..Ogos 2007 ..time tu abg ade seminar penternak kebangsaan kat Kuala Terengganu. Tu la 1st time abg dtg umah TuLip. Then kenal dgn mak..time tu abah keje..so, xsmpat jumpe abah.


Hari berganti hari...musim berganti musim...

TuLip ingt lagi..bulan November 2007..10 hb..abg ajak TuLip bertunang..terkejut la kan..tergamam pgg hp..msg dia berbunyi cm ni..'Adk..jom kita bertunang....'....TuLip bgtau ma, ma senyum. ma ckp terima la dia..coz ma n abah pndai 'tgk' org. start dari hari tu..dia pnggei TuLip 'ayg' n aku pnggei dia byk2..hahahaha..' abg' 'syg' 'baby'....hehehe..mula2 janggal gak...yela..drp 'adk' dah jadik 'ayg'..tp alhamdulillah kami serasi bersama..hingga pada tanggal 25 oktober 2008..kami disatukan dgn tali pertunangan..insyaallah ujg thun ni kami akan melangsungkan perkahwinan~moga ikatan ini berkekalan buat selama-lamanya..amin-love u baby-


to be cont.......

Wednesday, June 10, 2009

aku,diri ku dan saya


tadaaaaaaa...hurm..ape la tulip nk taip nih..bkn nya rajin beno menaip2 nih..just pngenalan awl blog tulip la.hik hik hik...tgk org buat blog cm best jek..kui3..tuLip just a simple person...hidup di dunia yang nyata..hehehe..ok guys..to be cont............zaazzzzz..tulip student master...hdup lam lab..manyak keja wooo..adeh..xpe la..nnt kite citer next story.okes??hahahah